Showing posts with label Isu Bumiputra/Melayu. Show all posts
Showing posts with label Isu Bumiputra/Melayu. Show all posts

Saturday, 23 April 2011

Ke mana Kesatuan Melayu Muda menghilang?

Hari ini saya tertarik untuk menulis mengenai Kesatuan Melayu Muda yang satu ketika dahulunya menggegar Tanah Melayu dengan gerakan parti haluan kiri.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri. - Sumber Wikipedia

Mungkin jika pada hari ini mereka masih wujud, semestinya peranan mereka melindungi hak kaum melayu terus berkibar. Tetapi silapnya mereka telah dibubarkan atas alasan mengancam kedudukan status negara pada masa itu.

Pada pendapat saya, jika kesatuan melayu seperti ini mampu untuk melindungi kaum melayu sendiri bersendikan syarak dan berlandaskan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mengapakah tidak diwujudkan dengan garis panduan yang baru?

Semestinya peranan dan kuasa anak muda dalam mempengaruhi sesebuah negara itu telah membuka mata termasuklah pemimpin tertinggi atasan negara. Mari kita lihat Dataran Tahrir, Mesir bergema akibat revolusi gerakan anak muda di negara tersebut. Bukan kami mahukan reformasi, tetapi melindungi hak kaum pribumi kerana semakin lama semakin tergugat hak melayu dan bagaimana anak melayu boleh 'survive' di masa hadapan.

Mungkin sudah tiba masanya anak muda perlukan gerakan seperti kesatuan melayu muda dan bergabung tidak kira fahaman politik, bukan untuk perkauman, tapi untuk kebaikan bangsa dan negara.

Apa yang saya dapat lihat dan saya percaya anak muda melayu boleh berkongsi tempat dengan semua kaum tetapi apa yang kami mahukan kaum lain boleh menghormati hak orang melayu sendiri.

Saya tidak mahu melihat bangsa saya merengkuk di tanah mereka sendiri.

Dahulu Malaysia dikenali dengan Tanah Melayu. Tanah Melayu adalah untuk orang melayu. Tapi bukan bermakna kami tidak boleh berkongsi dengan kaum-kaum lain. Selain itu, saya dapat lihat perpaduan antara kaum yang wujud telah membuahkan hasil dalam pembentukan dalam kerajaan persekutuan. Kalau kita dapat lihat Parti Perikatan 1957 (yang lebih dikenali dengan Barisan Nasional) dan Barisan Alternatif 1998 (lebih dikenali dengan Pakatan Rakyat kini) bersatu dengan membariskan pelbagai jenis kaum sebagai pemimpin.

Kebebasan beragama juga telah dipraktikan semenjak kewujudan awal. Sedangkan zaman Rasulullah SAW (Selawat dan Salam keatasnya dan keluarganya) mendirikan Piagam Madinah sekalipun memberi kebebasan beragama. Tetapi ditegaskan bahawa orang yang murtad akan dihukum bunuh.

Jadi ternyata kepimpinan Melayu Islam itu lebih relevan. Anak muda melayu seharusnya sedar bahawa kita akan memimpin di tanah kita sendiri pada masa hadapan.

Kalau kita boleh ambil iktibar, nasib bangsa melayu Singapura.




“ … menjadi kuli …… rakyat Melayu yang diam di pantai-pantai dan keliling Pulau Singapura yang mencari kehidupan bekerja menangkap ikan.Adapun ikan yang dijual mereka itu di pantai-pantai dan kemudian pula dijual di pasar-pasar sangatlah berjauhan harganya yang mengejutkan seseorang, dan jika ada seorang pegawai kerajaan yang boleh mengaturkan sesuatu peraturan supaya keuntungan peraih-peraih itu dikurangkan maka satu kebajikan yang amat besar lagi yang sebenarnya boleh ia menabur di atas nelayan-nelayan Melayu Singapura….”
Mengenai sekolah-sekolah vokasional, Pengarang Straits Times itu menerangkan.
 …adapun sekolah-sekolah pertukangan yang ada dalam
Singapura itu tidaklah berfaedah dan berguna kepada
kebanyakan belia-belianya sebab sekolah itu menerima
budak-budak daripada sekolah Inggeris sahaja ……”
Segala masalah yang berlaku di Singapura juga terdapat di Melaka dan di Pulau Pinang. Melihatkan orang-orang Melayu yang tidak stabil kedudukannya dari segi sosial,
ekonomi dan politik KMS telah menunjukkan simpatinya dengan niat yang suci bagi menolong mereka. KMS rasa Melaka juga perlu mempunyai satu kesatuan seperti KMS. KMS mahu menyelamatkan orang-orang Melayu dari penekanan dan penindasan orang-orang asing khasnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada waktu itu diskriminasi sosial yang hebat diterima oleh orang-orang Melayu. - Sumber http://baharam.blogspot.com/2009/01/sejarah-politik-awal-melaka.html

Ini adalah pendapat peribadi. Tiada unsur untuk membangkitkan perkauman, cuma berkongsi kesedaran mengenai nasib bangsa melayu. Tulisan ini juga tidak dipengaruhi mana-mana pihak terutama parti politik.

Saturday, 19 March 2011

Dasar DEB bantu Bumiputera dalam pelaburan modal - BERNAMA

2011/03/20

KOTA BHARU: Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan 
sejak 1971 berjaya meningkatkan pelaburan modal bumiputera dalam syarikat 
berhad walaupun tidak mencapai sasaran 30 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tanpa dasar itu, penyertaan 22 peratus sekarang tidak akan dicapai. "Berbanding pada waktu dulu 1971, bumiputera hanya mempunyai dua peratus

pegangan dalam syarikat berhad," katanya berucap pada seminar 'Meningkatkan 
Penyertaan Bumiputera Dalam Pasaran Modal', di sini hari ini. 
Mustapa berkata kementeriannya kekal komited untuk meningkatkan penyertaan 
bumiputera dalam pasaran modal, terutama dalam syarikat berhad. 
Beliau turut menyentuh langkah terbaru mengetatkan syarat memiliki kad 
kredit yang pada beliau mengekang sikap berbelanja melebihi kemampuan.
"Ia juga menggalakkan rakyat agar menyimpan di dalam skim pelaburan untuk kepentingan mereka di masa tua dan demi masa jangka panjang," katanya. 
Bank Negara Malaysia pada Jumaat mengumumkan peraturan baru yang berkuat 
kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit, yang antara lain mensyaratkan 
pendapatan tahunan minimum RM24,000 berbanding RM18,000 sebelum ini untuk 
permohonan baru. 
Bagi para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, 
mereka hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. --BERNAMA 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators