Friday 22 April 2011

Usaha Kerajaan : Keperluan email percuma dan internet percuma


Rakyat perlukan emel percuma dan internet percuma



Menyedari kepentingan internet pada zaman kini dalam pelbagai perkara termasuklah perhubungan dan ketersampaian, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberikan email 1Malaysia secara percuma kepada rakyat Malaysia.


Pada beberapa hari lepas, PM telah umumkan bahawa Email 1Malaysia akan diwujudkan bukan dengan menggunakan dana awam. Kerajaan menyedari bahawa kepentingan email rasmi untuk semua rakyat.

Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan. 
Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong penuh tindakan kerajaan persekutuan. 

Selain itu saya berpendapat bahawa internet percuma juga adalah perlu untuk semua rakyat mengakses internet.

Dengan pemberian ini email percuma ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan?

Tambahan pula, syarikat yang akan mengendalikan projek ini ialah Syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia. Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini? - Sumber Malaysiakini

Rumusan yang dapat dibuat adalah diharapkan bahawa kerajaan sedia meneliti perkara ini, supaya rakyat nampak usaha kerajaan yang lebih inovatif. 

Ini merupakan pendapat peribadi. Tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan persatuan. 
Terima kasih kerana membaca.

Regards, 
Tengku Din 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators