Saturday, 19 March 2011

Dasar DEB bantu Bumiputera dalam pelaburan modal - BERNAMA

2011/03/20

KOTA BHARU: Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan 
sejak 1971 berjaya meningkatkan pelaburan modal bumiputera dalam syarikat 
berhad walaupun tidak mencapai sasaran 30 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tanpa dasar itu, penyertaan 22 peratus sekarang tidak akan dicapai. "Berbanding pada waktu dulu 1971, bumiputera hanya mempunyai dua peratus

pegangan dalam syarikat berhad," katanya berucap pada seminar 'Meningkatkan 
Penyertaan Bumiputera Dalam Pasaran Modal', di sini hari ini. 
Mustapa berkata kementeriannya kekal komited untuk meningkatkan penyertaan 
bumiputera dalam pasaran modal, terutama dalam syarikat berhad. 
Beliau turut menyentuh langkah terbaru mengetatkan syarat memiliki kad 
kredit yang pada beliau mengekang sikap berbelanja melebihi kemampuan.
"Ia juga menggalakkan rakyat agar menyimpan di dalam skim pelaburan untuk kepentingan mereka di masa tua dan demi masa jangka panjang," katanya. 
Bank Negara Malaysia pada Jumaat mengumumkan peraturan baru yang berkuat 
kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit, yang antara lain mensyaratkan 
pendapatan tahunan minimum RM24,000 berbanding RM18,000 sebelum ini untuk 
permohonan baru. 
Bagi para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, 
mereka hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. --BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Dcreators